Kemalangan Maut di Persimpangan Lampu Isyarat Bukit Sentosa, Rawang

Kemalangan Maut di Persimpangan Lampu Isyarat Bukit Sentosa, Rawang

Selangor, 2 Januari 2025 – Seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berhampiran Perodua Bukit Sentosa, Rawang petang semalam.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta, seorang warga Pakistan, memandu tanpa lesen memandu dan cukai jalan, dipercayai melanggar lampu isyarat merah. Kereta tersebut dipandu dengan laju, menyebabkan pertembungan berlaku sebaik sahaja mangsa mula bergerak setelah lampu isyarat di laluannya bertukar hijau.

Penunggang motosikal tersebut, yang identitinya masih belum didedahkan, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba.

0:00
/0:13
0:00
/0:04